Translate

Sunday, November 2, 2008

SAJAK (DEDIKASI BUAT EN. HAMIR SAHABATKU)

ANAK KAMPUNG ELIT

Anak kampung berkumis
Guru Melayu sekolah elit
Berkaca mata kebijaksanaan

Kehilangan kekok berbahasa Jepun
Mengundang ghairah anak sekolah

Sejambak seloroh
penghalau sengguk kantuk
Menjemput gelak tawa
Senyuman bermastautin di bibir
Seringai menunjukkan putih gigi

Lantang suara menyerkup
menyungkup gegendang
Pandangan terpaku kaku
Gerak spontan menawan
Silap salah tiada amarah
Gugup melarikan diri

Anak sekolah
Ingkar menghulur
‘arigatou gozaimashita’ terima kasih
Raungan loceng disingkir jauh

Bicara guru:
Jantung berdegup
Nadi berdenyut
Esok pasti ketemu jua.

Hidup Berjasa

Berakhirnya  semalam, 23 Julai Rabu,  Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2025 .        Di sebalik sesuatu yang dir...