Translate

Monday, April 6, 2020

Utusan

Jika mahu apa-apa daripada Ayah atau Umi, tuan punya badan akan datang menghadap dan kadang-kadang  akan ada utusan yang datang menghadap.
    Utusan yang datang biasanya menyatakan hasrat mahu akan sesuatu seperti mahu main permainan video di telefon pintar ayah, mahu menggunakan komputer riba dan mahu Ayah atau Umi membelikan permainan seperti 'Beyblade'. Utusan yang datang adakalanya memujuk, adakalanya bertanya dan adakalanya memaksa. Kelakar pun ada, geram pun ada apabila datang memberi arahan, bukannya meminta. Begitulah anak-anak, perlu juga diasuh berkata-kata dengan cara beradab dan  betul mengikut situasi.
    Begitu juga dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan sekarang. Kita perlu mendengar dengan teliti perkara yang disampaikan utusan atau wakil rasmi kerajaan berkenaan perkara berkaitan Covid-19. Dengar sampai habis dan ikut arahan diberi, bukan ikut suka hati.


    

No comments:

Tindakan

And here we are still fighting for our lives Watching all of history repeat itself Time after time Saat pagi membaca tentang Putera Kegel...