Translate

Monday, September 2, 2019

Orang

"Biar jadi orang," itu orang dulu-dulu selalu sebut apabila menyerahkan anak kepada guru untuk dididik.
   'Biar jadi orang' ini mendalam maksudnya. Ibu bapa zaman dahulu bukan setakat menyerahkan anak, ada yang  menyerahkan 'rotan' sekali kepada guru. Ibu bapa mahu anak-anaknya berbudi pekerti, berperangai elok seperti menghormati orang tua. Perangai diutamakan, perangai molek, Insya-Allah, pandai pun bergolek datang. Tidak kiralah akhirnya kerja apa-apa pun,
apabila besar  diharapkan menjadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan tanah air serta tidak menyusahkan orang lain.
      Orang-orang atau orang-orangan pun ada gunanya, apatah lagi orang seperti kita yang dibekalkan akal untuk berfikir dengan waras.

No comments:

Tindakan

And here we are still fighting for our lives Watching all of history repeat itself Time after time Saat pagi membaca tentang Putera Kegel...