Alhamdulillah. Masih dapat menemui Ramadan buat setakat ini. Ada yang sudah lama berpuasa dan ada juga yang baru kali berpuasa hari ini.
Seminggu sebelum berpuasa, ayah sudah lihat kelapa-kelapa dijual di tepi-tepi jalan. Opah cakap harga kelapa pun sudah naik. Ada juga sesetengah barang harganya sudah naik seperti agar-agar yang selalu muncul di bulan puasa.
Apa-apa pun, anak-anak gembira kerana berpuasa di rumah sepanjang hari lebih kurang dua minggu. Bagi anak-anak kecil pula ibu bapa mesti kerap kali mendengar perkataan 'lapar' daripada mulut mereka. Angah pun disarankan berpuasa setengah hari oleh muallimah di sekolahnya.
Selamat berpuasa untuk semua.
Translate
Friday, May 26, 2017
Setengah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tindakan
And here we are still fighting for our lives Watching all of history repeat itself Time after time Saat pagi membaca tentang Putera Kegel...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment