Dulu kalau pergi jalan ke mana-mana, pasar raya atau tempat-tempat lain, apabila tengok budak-budak kecil berlari ke hulur ke hilir tak duduk diam, mesti sambil lalu tengok kepala dia. "Patut pun tak duduk diam, pusar dua".
Selalu juga buat fiil macam tu. Dah jadi tabiat agaknya. Akhirnya apabila berkahwin dan dapat anak, Allah bagi dua pusar di kepala anak. Ayahnya pusar satu sahaja.
Selepas itu, tak sempat dah tengok kepala anak orang sebab anak sendiri pun tak duduk diam apabila berjalan. Mengalahkan anak orang lain. Jenuh nak mengejar ke hulu ke hilir.
"Tengoklah lagi kepala anak orang," kata isteri.
Translate
Thursday, July 14, 2016
Pusar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tindakan
And here we are still fighting for our lives Watching all of history repeat itself Time after time Saat pagi membaca tentang Putera Kegel...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment