Translate

Saturday, April 21, 2018

Minat

Penat. Itu salah satu jawapan paling popular  daripada anak-anak apabila diminta tolong.
     Minat. Minat pula menghilangkan segala penat. Tak percaya? Berapa ramai daripada kita melupakan penat kerana minat? Minat memancing. Tengah malam pun tak kisah. Minat membaca. Lupa makan dan minum. Minat bergebang. Tengah hari ke petang pun tak apa. Minat berkebun. Panas-panas pun pulun.
      "Tolong ayah kemas, lepas tu boleh main 'game'", kata ayah. Penat sudah hilang, laju tolong ayah mengemas. Penat dan minat kombinasi yang menarik.

1 comment:

mek yunie said...

waa, boys semuanya. ank ank mek tak pandai lagi cakap penat. tapi sat lg dah besar tak tahu la kalau boleh cakap penat mek nak jawab ap.

Mengapakah Masih?

 Kauseperti langsung tak cuba untuk mengerti sedangkan lama sudah kauberjanji memilih diam di tanah suci. Mengapakah  masih  kaunyalaka...