Translate

Sunday, April 29, 2018

Beza

Kadang-kadang kita cenderung atau terlalu fokus kepada perkara yang dirasakan tidak kena pada mata atau hati kita.
     Sedangkan sebenarnya, perkara yang tidak kena itu cuma satu berbanding empat lagi perkara yang lebih baik dan boleh diperkatakan. Ya, anak - anak kita juga tidak sempurna seperti kita. Jika kita letih atau tak cukup tidur, kita pun meragam. Apatah lagi anak-anak. Bersama-samalah kita bersabar dengan kerenah anak-anak dan diharapkan mereka juga dapat bersabar dengan kerenah kita.
      Jika kita mengubah sikap, kita bukan sahaja akan melihat seluruh hidup ini berbeza, tetapi hidup kita sendiri juga akan berbeza (Katherine Mansfield).

1 comment:

mek yunie said...

Kan.. teringat bace satu qoutes. Kita sendiri pun dlm satu hari ad plbagai emosi, apatah lagi budak kecik. Then kita marah dia sbb dia tk behave. Pdhal kita sndiri pun tk behave

Saat Hati Sedang Memandu

Mentari menyala di pucuk kayu di bawah awan putih biru kelabu ingin kutangkap saat indah saat hati sedang memandu kuabaikan kalbu merayu...