Translate

Thursday, March 8, 2018

Kerja

Dalam hidup ini,memang banyak kerja. Bukan sahaja orang dewasa, anak-anak pun ada kerja, kerja sekolah.
     Apabila bekerja  memanglah letih. Ada orang letih fizikal, ada orang letih berfikir. Tidak kiralah apa-apa pun kerjanya, tetap ada cabaran. Bekerja sendiri ada dugaannya, bekerja dengan kerajaan dan swasta pun ada dugaan.
      Kata Maxim Gorky dalam buku Mutiara Kata (susunan Adi Alhadi), "Apabila kerja itu menyeronokkan, hidup ini gembira! Jika kerja itu tugas, hidup ini ialah perhambaan!"

1 comment:

Hans Hanis said...

setuju sangat
bila suka memang rasa seronok buat kerja
bila hati dah tak ada...rasa berat betul nak bekerja

Saat Hati Sedang Memandu

Mentari menyala di pucuk kayu di bawah awan putih biru kelabu ingin kutangkap saat indah saat hati sedang memandu kuabaikan kalbu merayu...