Banyak cara untuk menyambut hari lahir. Hari lahir juga membolehkan kita mengajar anak-anak mengira. Misalannya, tujuh tolak berapa jadi lima?
Pagi semalam, ayah keluar sekejap dengan izin untuk ke sekolah angah, ada Hari Pelaporan Akademik. Selesai di sana, ayah kembali ke tempat kerja bersama dengan angah. Sementara ayah meneruskan kerja, angah duduk di tempat sambil menunggu along yang akan ke tempat ayah.
Selepas solat Jumaat, kami bergegas pulang ke kampung. Setelah separuh perjalanan mengharung hujan lebat dan air hujan yang bertalu-talu mengetuk cermin hadapan kereta, kami sampai di Temerloh yang mendung, Alhamdulillah. Kami singgah di kedai kek.
Kami meneruskan perjalanan, akhirnya sampai dalam cuaca gelap dan hujan kembali. Kek diletak di ruang tamu dan angah bersedia dengan pemotong kek. Umi bertanya kepada ayah tentang 7 tahun yang tertulis pada kek. Ayah tahu angah mesti tahu tujuh tolak dua jawapannya lima. Angah cakap tak apa dan ayah rasa lega bercampur rasa bersalah.
Nampaknya ayah sudah lupa peraturan yang selalu ayah tegaskan setelah selesai tulis atau menjawab:
"Semak Kembali!"
Selamat Hari Lahir Angah. Moga jadi anak yang soleh, Insya-Allah.
Translate
Friday, November 17, 2017
Semak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Aidilfitri
"Benda yang kecil dan tak penting untuk kita, adalah segalanya untuk orang lain," inilah kata-katanya yang menceritakan segala-gal...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment