Tolonglah angin
Bawa kapal terbang kertasku
Kepadanya
Supaya ternyata jelas
Isi hatiku
Yang sebenar-benar ikhlas
Dengan cintaku
Hanya dia satu
Itulah sedikit petikan lirik Kapal Terbang Kertas nyanyian kumpulan Exists.
Kuranglah kenangan jika melalui zaman kanak-kanak tanpa bermain kapal terbang kertas. Kadang-kadang, kapal terbang kertas menjadi perantara untuk menyampaikan pesanan.
Malam ini, kami bermain kapal terbang kertas. Kertas apa yang paling sesuai untuk membuat kapal terbang? Ayah mencuba pelbagai kertas dan kertas yang paling sesuai ialah kertas buku nota atau buku latihan yang dijual di sekolah.
Untuk menerbangkannya, luncurkannya secara condong ke atas seperti mana kapal terbang mahu berlepas ke langit. Maka, terbanglah kapal terbang kertas ke udara dan beraksi tanpa kawalan.
Mendarat? Kadang-kadang kapal terbang mendarat di hidung umi atau di kepala ayah sebelum jatuh ke lantai.
No comments:
Post a Comment