Translate

Tuesday, July 18, 2017

Rapi

  Sinar Harian melaporkan bahawa seekor monyet 'nakal' yang dipercayai bermain dengan pengubah arus elektrik di bandar Livingstone, Zambia telah menyebabkan bekalan elektrik di kawasan tumpuan pelancongan itu terputus dan memaksa lebih 50,000 penduduknya bergelap (agensi berita Xinhua).
       Di Taiping (dalam akhbar yang sama),  orang ramai dinasihati supaya tidak memandang ringan sekiranya mereka digigit atau dicakar kucing kerana mempunyai risiko jangkitan penyakit anjing gila atau rabies.
      Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Perak, Dr Fuziah Muhayat berkata bahawa  risiko jangkitan penyakit itu bukan hanya melibatkan anjing.
      Di sini pula sekumpulan monyet atau kera ( ayah pun tidak pasti kera atau monyet) sering datang mencari makanan. Habis bakul sampah hijau diselongkar dan pandai pula dibuka bakul sampah yang bertutup. Pagi-pagi lagi sudah kelihatan monyet atau kera ini meniti di atas tali elektrik.
      Nampaknya anak-anak yang suka bermain dengan kucing juga perlu diberi perhatian rapi atau menjauhkan mereka daripada kucing sebagai langkah berjaga-jaga.

No comments:

Saat Hati Sedang Memandu

Mentari menyala di pucuk kayu di bawah awan putih biru kelabu ingin kutangkap saat indah saat hati sedang memandu kuabaikan kalbu merayu...