Translate

Saturday, July 29, 2017

Pantun

          Bunga selasih permainan budak
                Daun sehelai dimakan kuda
          Bercerai kasih bertalak tidak
                Seribu tahun bertemu juga

Pantun di atas merupakan sebahagian lirik lagu Pandang-Pandang Jeling-Jeling nyanyian Dato' Siti Nurhaliza bersama dengan Allahyarham Tan Sri SM Salim.
       Pantun merupakan salah satu tanda kebijaksaan orang Melayu. Keindahan pantun dapat dilihat melalui pemilihan kata dalam baris pembayang dan dalam baris maksud. Perkara yang mahu disampaikan dapat disampaikan dengan baik dalam rangkap yang dibina.
       Semalam pula ayah sedikit terkejut dan sedikit malu tatkala bersua dengan Dato' Siti di dalam lif di bangunan Megamall Kuantan.

No comments:

Saat Hati Sedang Memandu

Mentari menyala di pucuk kayu di bawah awan putih biru kelabu ingin kutangkap saat indah saat hati sedang memandu kuabaikan kalbu merayu...