Translate

Thursday, July 20, 2017

Idola


      Angah suka menurut apa-apa yang  dibuat along. Cara berpakaian pun ada kalanya serupa seperti abangnya. Cara percakapan pun ditirunya cuma dia tidak selaju abangnya bercakap dan cakapnya bernada. Adik pula akan sama mengikut abang bermain dan ketiga-tiganya akan bergumpal bersama. Cuma hari ini adik demam dan umi telah membawanya ke klinik. Dia tidaklah seaktif biasa.
       Ayah memetik sebahagian berita Dalam Sinar Harian (24 Mac 2017)tentang Usain Bolt.
"Ikut contoh terbaik idola anda.”
Itu nasihat Manusia Terpantas Dunia, Usain Bolt yang turut mempunyai idolanya yang menguatkan semangatnya untuk berjaya kepada atlet muda. Beliau mengagumi bekas jaguh pecut Amerika Syarikat, Michael Johnson yang meraih empat kejuaraan Olimpik.
       Ternyata kita perlu ada tokoh rujukan dalam setiap bidang yang kita ceburi supaya kita lebih bersemangat dan tidak mengalah dalam mengejar impian.
       "Impian ayah telah runtuh," teringat ayah akan kata-kata angah apabila blok kayu yang telah tinggi disusun ayah runtuh. Yang paling penting, teruskan usaha dan jangan sesekali putus asa.

No comments:

Saat Hati Sedang Memandu

Mentari menyala di pucuk kayu di bawah awan putih biru kelabu ingin kutangkap saat indah saat hati sedang memandu kuabaikan kalbu merayu...