Translate

Wednesday, July 19, 2017

Gembira

 Khairul Hafiz Jantan memecahkan rekod kebangsaan  acara 200 meter dengan catatan masa 20.90s di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia ke-94.                          Khairul tidak hanya berjaya memecahkan rekod 20.92s milik Tan Sri Dr M Jegathesan yang dicatatkan pada Oktober 1968 di Sukan Olimpik Mexico, malah mengatasi rekod kejohanan 20.94s milik Kento Terada dari Jepun yang dicatatkan pada edisi 1996 di Kangar (Athirah Huda Zalhe, Ismaweb.net).                                            Apabila kita gembira melakukan sesuatu, Insya-Allah kejayaan akan kita kecap. Begitulah  sedikit kandungan buku yang ayah baca iaitu  'Screw Work Let's Play' Edisi Bahasa Melayu (2015), karya John Williams terbitan PTS. Apabila kita melakukan sesuatu yang menggembirakan, masa dirasakan berlalu dengan pantas. Jika sebaliknya, kita tidak habis-habis menengok jam atau merenung jam dan merasa begitu sengsara menunggu waktu itu berlalu.                                    Along gembira kerana hari ini hari lahirnya dan begitu juga adik-adik yang meraikannya. Berlari ke hulu ke hilir padahal petang tadi sudah penat bermain.

    

1 comment:

Faiz Saaid said...

Lepas ni banyak lagi rekod yang akan dipecahkan

Salam Aidilfitri

"Benda yang kecil dan tak penting untuk kita, adalah segalanya untuk orang lain," inilah kata-katanya yang menceritakan segala-gal...