Translate

Monday, January 16, 2017

Cerita Ayah- Kisah ziarah umrah 25

Seorang sahabat, Encik Hamir menyatakan bahawa carilah Raudhah apabila sampai di Masjid Nabawi.
    Yang ayah paling ingat apabila membaca buku-buku Profesor Muhd Kamil  Ibrahim (terima kasih kepada Syukur, sepupu emak kerana memperkenalkan kepada ayah karya MKI), 'pasti ada ruang' untuk kita apabila berada di sini.
    Walaupun berduyun-duyun manusia, Insya-Allah pasti ada ruang untuk kita bersolat dan berdoa  di situ. Raudhah di buka pada waktu-waktu tertentu dan ambillah peluang tersebut.
     Abu Hurairah ra menyatakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
      "Di antara rumahku dan mimbarku ialah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku."

No comments:

Salam Aidilfitri

"Benda yang kecil dan tak penting untuk kita, adalah segalanya untuk orang lain," inilah kata-katanya yang menceritakan segala-gal...