Translate

Saturday, January 7, 2017

Cerita Ayah-Kisah ziarah umrah 14

Pagi itu bas melintasi perkuburan Baqi'untuk membawa kami menziarahi tempat bersejarah di Madinah.
           Ahli-ahli sejarah meriwayatkan bahawa ramai dalam kalangan sahabat dan ahli keluarga Rasulullah saw sama ada yang meninggal sebelum atau selepas kewafatan Rasulullah saw dikebumikan di Baqi' (Madinah Munawwarah, Dr. Abd. Basit Abd. Rahman).
         Petang sebelumnya selepas Asar, atuk membawa kami ke perkuburan itu. Waktu itu masa melawat hampir tamat. Kami hanya berada sekejap di situ.
          Perkuburan Baqi' berada di sebelah kiri (Tenggara) Masjid Nabawi. Kawasan ini dikelilingi pagar yang tinggi.
     

No comments:

Salam Aidilfitri

"Benda yang kecil dan tak penting untuk kita, adalah segalanya untuk orang lain," inilah kata-katanya yang menceritakan segala-gal...