Translate

Monday, November 14, 2016

Sikap

"Nak pergi tempat lain," hampir setiap pagi angah menyebutnya sekarang ini. Ayah pun naik risau mendengarnya.
       Dia tidak mahu ke sekolahnya walaupun ayah telah bertemu dengan cikgunya tempoh hari. Pagi-pagi dia enggan memakai baju dan seluar sekolah walaupun dipaksa. Dia akan menanggalkannya semula.
      Dalam bab ini, emak mengikut anginnya. Emak memakaikan baju dan seluar lain terlebih dahulu. Sampai di sekolah,  cikgunya pun mengikut anginnya atau memujuknya. Itulah kepakaran cikgu-cikgu yang mengajar anak-anak di bawah umur enam tahun.
Pagi ini, ayah juga mengikut anginnya yang enggan memakai baju dan seluar sekolah. Ayah memakaikan baju dan seluar lain terlebih dahulu.
      Ayah terjumpa kata-kata Jack Sparrow, "The problem is your attitude about the problem." Dalam menyelesaikan satu-satu masalah, sebenarnya kecil atau besar masalah itu bergantung kepada sikap kita.Sikap kita pula dipengaruhi  ilmu, pengalaman dan kepercayaan terhadap sesuatu masalah yang kita hadapi.

No comments:

Saat Hati Sedang Memandu

Mentari menyala di pucuk kayu di bawah awan putih biru kelabu ingin kutangkap saat indah saat hati sedang memandu kuabaikan kalbu merayu...