Translate

Saturday, November 19, 2016

Proses

Keputusannya ialah seri, iaitu 1-1. Yang dicari ialah kemenangan. Gol pada minit-minit terakhir Giroud menukarkan suasana.
     Proses untuk menjayakan sesuatu itu seharusnya yang dinilai dan bukan keputusan akhir semata-mata. Anak-anak juga tidak boleh dinilai hanya berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata kerana itu satu penilaian kurang adil dan  hakikatnya memanglah benar pada hari ini  keputusan peperiksaan itu penting untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
     Anak-anak seperti abang dan sepupunya gemar bermain robot. Ada masanya robot itu dicerai-ceraikan dan kemudian dicantumkan semula. Semasa proses pembinaan, kreativiti mereka berkembang dan mereka belajar memilih komponen-komponen yang sesuai untuk digabungkan menjadi robot yang baharu. Ada masanya pilihan itu betul dan ada masanya pilihan itu kurang sesuai.
      Kita sedar atau tidak, anak-anak setiap hari melalui proses untuk mematangkan diri mereka walaupun dilihat mereka hanya bermain-main. Bermain juga melibatkan proses berfikir. Itulah keajaiban proses.

No comments:

Saat Hati Sedang Memandu

Mentari menyala di pucuk kayu di bawah awan putih biru kelabu ingin kutangkap saat indah saat hati sedang memandu kuabaikan kalbu merayu...