Translate

Monday, November 7, 2016

Memahami

Ayah dan emak cuba sedang memahami sebab angah enggan ke sekolah. Nampaknya ayah perlu bertanya tentang keadaan dia sewaktu di kelas kepada cikgunya.
    Pagi tadi dia tidak mahu ayah atau emak memandikannya. Sebelum ayah sempat mengundur kereta, dia keluar dari kereta. Selepas itu, ayah menutup pintu pagar dan mencempungnya semula masuk ke dalam kereta.
    Sebelum sampai ke sekolahnya, dia terjaga dan meminta ayah berpatah semula kerana katanya mahu ke tempat lain. Ayah membuka pintu kereta dan mengatakan kepada abang bahawa dia turun di situ dan angah akan ke sekolah abang kerana dia enggan turun dari kereta. Abang terpinga-pinga dan mengatakan itu bukan sekolahnya.
     Kemudian, ayah membuka pintu depan sebelah kiri dan mengatakan bahawa ada anak kucing sesat ada di situ untuk menarik perhatian angah. Abang yang di  belakang pula yang lebih tertarik kepada ayah. Dia menjenguk mencari kucing di tempat duduk hadapan.
    Langkah yang terakhir ialah menangkap angah dan membawanya  masuk ke kelas. Sewaktu ayah melintas jalan ke kereta, suaranya yang nyaring begitu jelas dan masih memanggil ayah.
    Ayah dulu pun jenuh juga dipaksa atuk dan opah ke sekolah dan ada satu masa ayah tidak mahu ke sekolah kerana budak di sebelah ayah akan mencubit ayah apabila ada ruang dan peluang.

No comments:

Saat Hati Sedang Memandu

Mentari menyala di pucuk kayu di bawah awan putih biru kelabu ingin kutangkap saat indah saat hati sedang memandu kuabaikan kalbu merayu...