Translate

Saturday, September 24, 2016

Syarat

Perkara yang sedikit sukar adalah untuk menggerakkan anak-anak mengutip dan menyimpan kembali permainan mereka setelah bermain.
     Jika disuruh berkali-kali pun, akhirnya emak dan ayah kena mengemas sendiri dan mulalah mulut ayah tidak diam mengomel pasal anak-anak.
       Ada syarat utama jika mahu bermain Pepsi Cola kata emak kepada along dan angah. Anak-anak cukup suka mendengar perkataan 'bermain' selain perkataan 'mainan'atau 'perkataan 'permainan' seperti yang telah diceritakan ayah tempoh hari.
       Jika bermain Pepsi Cola dalam keadaan ruang tamu yang yang bersepahan dengan permainan yang kecil dan besar, kaki akan cedera atau sakit terpijak permainan. Jadi, semuanya perlu dikutip dan disimpan di dalam bekasnya.
        Kerja pembersihan menjadi cepat dengan adanya aktiviti bermain dan kerja tersebut akan dilakukan oleh anak-anak sendiri tanpa perlu dipaksa.
      Ayah tidak dapat mengingat cara permainan Pepsi Cola ini dimainkan tetapi main pijak kaki pernah dimainkan ayah. Kata emak pemain Pepsi Cola perlu duduk dalam bulatan dan boleh memijak kaki lawan mengikut pusingan jam atau sebaliknya.
     Waktu emak mengajak anak-anak bermain Pepsi Cola dan mengemas ayah didengari ayah, tetapi selepas itu ayah sudah memejamkan mata.

No comments:

Mengapakah Masih?

 Kauseperti langsung tak cuba untuk mengerti sedangkan lama sudah kauberjanji memilih diam di tanah suci. Mengapakah  masih  kaunyalaka...