Translate

Wednesday, August 3, 2016

Sofa

Ada masanya emak akan mengubah kedudukan perabot. Walaupun kerap kali bahagian di bawah sofa dibersihkan, apabila sofa dialih, akan tetap ada bermacam-macam benda di bawahnya.
     Salah satu benda yang akan ada di bawah sofa ialah botol susu. 'Remote control' pun ada. Barang permainan sudah tentu menjadi barang yang wajib ada di situ. Pada waktu ini juga emak akan menemui pengikat rambutnya yang selalu hilang. Padahal anak emak dan ayah  semua lelaki. Emak pun pelik kerana mereka gemar sangat bermain dengan pengikat rambut.
      Kadang-kadang ayah 'pusing' satu rumah mencari sesuatu. Bantuan emak diperlukan. Emak menggunakan telefonnya. Dia mendail nombor telefon  ayah untuk mengesan kedudukan telefon ayah dan ayah pula sering menggunakan mod 'senyap'.
      Akhirnya, di manakah telefon ayah?
Sudah tentu di bawah sofa. Ayah terlupa bahawa dia telah meletakkannya di situ. Ayah menyorokkan telefon daripada anak-anak ayah.

No comments:

Mengapakah Masih?

 Kauseperti langsung tak cuba untuk mengerti sedangkan lama sudah kauberjanji memilih diam di tanah suci. Mengapakah  masih  kaunyalaka...