Translate

Monday, August 1, 2016

Sahabat

"Krik,krik,krik!". Begitulah bunyi cengkerik setiap kali suasana yang sedang riuh tiba-tiba sepi dalam animasi Boboiboy. Sepi. Itu yang kami rasai apabila mereka berdua tiada.
     Apabila kereta W atau SUV F ada di parkir berhampiran Dewan I, pemiliknya yang berkebolehan meniru suara insan-insan tertentu sudah tentulah ada. Begitu juga jika parkir di belakang Surau R ada kenderaan yang abjadnya tidak semestinya bermula dengan C, sudah tentu  pemiliknya yang memiliki kenderaan pelbagai abjab turut ada.
    Kehadiran Tuan Fu dan Tuan An akan menghalau kesepian. Mereka berdua menceriakan suasana dan menceriakan sahabat-sahabat.
     Setiap orang itu mempunyai aura tersendiri. Setiap orang itu berbeza. Berbeza itu membuatkan kita saling memerlukan. Kita saling melengkapi antara satu sama lain.
      Kehadiran mereka berdua dinanti-nanti. Begitulah yang bernama sahabat. Betullah kata Najwa Latif seperti dalam lagunya.
   
                   Kauada di kala ku jatuh
                      Di setiap bangunku
       Terus menemaniku tanpa rasa jemu
                   Kauada di setiap tawa
                         Di kala bahagia
        Kaumenjadi sahabatku selamanya

   

No comments:

Saat Hati Sedang Memandu

Mentari menyala di pucuk kayu di bawah awan putih biru kelabu ingin kutangkap saat indah saat hati sedang memandu kuabaikan kalbu merayu...