Translate

Tuesday, August 2, 2016

Pujuk

Yang seorang nak tengok Ultraman. Yang seorang lagi nak tengok Tobot. Maka cerita Ultraman bermula. Selesai cerita Ultraman, diulang sekali lagi cerita Ultraman. Akhirnya yang seorang lagi mengadu kepada ayah.
    Ayah menyuruh cerita Tobot dipasang. Yang seorang tidak mahu mengalah. Kedua-duanya bergaduh. Ada yang kena gigit dan sebagainya. Ada masa yang seorang membiarkan sahajanya dirinya dipukul. Ada masanya saling berbalas tumbukan dan sebagainya.    
    Apabila cakap ayah tidak dipedulikan, ayah mengambil rotan yang tergayut berhampiran pintu dapur. Yang seorang sudah 'faham bahasa'. Yang seorang lagi masih kecil dan tidak 'reti bahasa'. Ayah menutup televisyen. Yang seorang  tersedu-sedu. Yang  seorang lagi menangis kuat dan datang memukul- mukul kaki ayah.
      Ayah ke luar rumah dan memanggil mereka. Ayah menunjukkan anak kucing yang sedang bergurau senda dan saling bercakaran.
"Macam kamu berdua," kata ayah.
"Boleh tengok tv jika tidak bergaduh," tambah ayah lagi.
     Ayah masih di luar. Mereka masuk ke dalam rumah.  Kemudian,abang keluar.
"Ayah, adik dah setuju nak tengok cerita Tobot, lepas tu baru cerita Ultraman," kata abang tersenyum. Rupa-rupanya abang memujuk adiknya dan dia berjaya.
   Anak-anak bergaduh tidak lama dan mereka kembali menonton bersama.

No comments:

Salam Aidilfitri

"Benda yang kecil dan tak penting untuk kita, adalah segalanya untuk orang lain," inilah kata-katanya yang menceritakan segala-gal...