Translate

Thursday, August 4, 2016

Paksa

Pagi tetap indah. Pagi mengajar kita erti kesabaran. Kadang-kadang kesabaran bertukar menjadi paksaan.
   Ada masanya anak-anak cukup suka bermain air sehingga dipaksa keluar dari bilik air. Pagi ini juga anak ayah perlu dipaksa masuk ke bilik air setelah  ayah  tidak berjaya memujuknya ke bilik air. Ayah terpaksa menangkapnya semula.  Kali pertama dibawa masuk ke bilik air, dia berlari semula ke bilik tidur mahu menyambung tidurnya.
  Kali kedua ayah lebih bersedia. Ayah menangkapnya dan terus mengunci pintu bilik air. Ayah terus memulas kepala paip dan membasahkannya tanpa membuka baju dan seluar tidur. Untuk membuka baju dan seluar yang basah juga perlu dipaksa.
    Episod ini mungkin berulang lagi. Balik sekolah nanti dia akan kembali mencium ayah.

No comments:

Mengapakah Masih?

 Kauseperti langsung tak cuba untuk mengerti sedangkan lama sudah kauberjanji memilih diam di tanah suci. Mengapakah  masih  kaunyalaka...