Translate

Monday, August 1, 2016

Hebat

Dugaan,ujian, cubaan dan segalanya kita hadapi selagi kita hidup. Ayah telah mengharungi sebahagian daripadanya dan tidak tahu apa-apa  lagi yang bakal mendatang.
     Di atas meja ayah, ayah abadikan kalendar daripada Makna (Majlis Kanser Nasional). Kalendar tahun itu cukup bermakna kerana di belakangnya mengabadikan gambar seorang anak muda hebat yang bernama Ahmad Nazri Hamzah yang menawan Kinabalu
(4095 m). Beliau hanya berkaki sebelah disebabkan kanser.
    Benar peribahasa Melayu menyatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kecekalan dan ketabahan insan seperti Nazri mengagumkan ayah dan dia bagi ayah ialah insan yang benar-benar hebat.
     Katanya, "Life doesn't stop just because you have cancer or just because you have one leg."
    Ayat teringat kata-kata Sir Edmund Hillary (pendaki pertama Everest):
    " Bukanlah gunung yang hendak kutawan tetapi diri sendiri."

No comments:

Salam Aidilfitri

"Benda yang kecil dan tak penting untuk kita, adalah segalanya untuk orang lain," inilah kata-katanya yang menceritakan segala-gal...