Translate

Monday, August 1, 2016

Cuba

Anak-anak tidak pernah duduk diam. Mereka seolah-olah tidak pernah kehabisan tenaga. Ada-ada sahaja perkara yang dibuat oleh mereka. Keinginan untuk mencuba sesuatu yang baharu tidak pernah padam. Mereka tidak pernah putus asa untuk mencuba.
   Ayah perhatikan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru cukup tinggi dalam diri anak-anak. Keinginan inilah yang patut ayah contohi daripada anak-anak yang tidak pernah berhenti mencuba dan tidak putus asa melakukan sesuatu sehingga berjaya. Apabila terjatuh, anak-anak bangun semula. Apabila tidak berjaya, anak-anak akan kembali mencuba.
      Kata  Ralph Waldo Emerson, "Jangan berasa segan dan bosan dengan apa-apa yang anda lakukan. Hidup ini sesungguhnya satu percubaan". Publilius Syrus pula menyatakan bahawa tidak ada sesiapa yang tahu apakah yang boleh dilakukan oleh seseorang sehingga dia mencubanya.
      Kata ayah," Cuba selagi bernyawa dan jangan sesekali berputus asa".

No comments:

Saat Hati Sedang Memandu

Mentari menyala di pucuk kayu di bawah awan putih biru kelabu ingin kutangkap saat indah saat hati sedang memandu kuabaikan kalbu merayu...