Hari ini hari Boboiboy. Pagi-pagi lagi abang dah tengok perarakan sempena merdeka ke-59. Boboiboy pun berarak juga. Selepas itu, ada pula Boboiboy The Movie di Astro.
Selesai filem Boboiboy, kami pun ke bandar. Kami singgah di Popular. Abang sambar satu buku, Boboiboy Sfera Kuasa.
Beg sekolah abang pun beg Boboiboy.
Sampai di rumah, dia terus membaca buku Boboiboy. Sebelum ini, emak sedikit risau kerana abang kurang lancar membaca. Sekarang, papan tanda pun dia baca sepanjang jalan apabila naik kereta.
Jom membaca!
Translate
Wednesday, August 31, 2016
Baca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saat Hati Sedang Memandu
Mentari menyala di pucuk kayu di bawah awan putih biru kelabu ingin kutangkap saat indah saat hati sedang memandu kuabaikan kalbu merayu...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment