Translate

Thursday, September 12, 2013

Kerjasama

setiap orang tak lengkap
setiap orang ada kelebihan tertentu
jadi, kelebihan itulah akan membuatkan sesuatu kerja dapat disiapkan...
setiap orang memerlukan antara satu sama lain...
setiap orang adalah penting walaupun kerja yang dibuat itu dirasakan kecil tetapi
sumbangan itu amatlah besar.......

Wednesday, September 4, 2013

MotivaSi


kekuatan diri tidak datang daripada kemampuan fizikal 
tetapi 
datang daripada semangat yang tidak pernah mengalah 

- kata bijaksana-
 (diambil dari kelas 1 Tabah 2013)

antara manusia  biasa yang luar biasa selalu koi tengok

 - nick vujicic -

Sunday, September 1, 2013

PotOng

Kalau bil Astro kita tak bayar, 'gerenti' kena potong. Kalau kita lupa, tertinggal atau sengaja tak solat 5 waktu, Allah tak potong pun bekalan oksigen kita, besarnya rahmat Allah swt.

p/s: Ingat-mengingati, kita selalu perlu dikejutkan oleh seseorang, supaya tak lupa.

Thursday, August 29, 2013

Merdeka

Alhamdulillah, negara kita masih merdeka. Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Sudah 56 tahun.
Merdeka tak sama bagi setiap setiap orang.
 Secara umumnya, merdeka bermaksud bebas( drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drp tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain - Kamus dewan Edisi Keempat m/s: 1024.
Namun begitu, penjajahan kini tak seperti dulu.
Penjajahan kini berbentuk pemikiran, kebudayaan, cara hidup, hiburan dan pelbagai lagi.
Merdekakah kita?
Apa-apapun, selamat menyambut Kemerdekaan ke-56.

MOtivasi


selalunya motivasi koi naik dan turun...
jadi salah satu caranya koi melihat insan-insan istimewa yang berusaha secara luar biasa... manuel de los santos

Friday, July 19, 2013

Assalamualaikum wbt

Peluang sentiasa ada, ada masa kita tak pandai nak ambil peluang. Ada masa kita alpa dan leka. Apa-apapun, selagi masih bernafas, kita kena lakukan sesuatu dengan terbaik. Itu pilihan yang paling baik kita pernah ada.

20JUlai 2013

Mengapakah Masih?

 Kauseperti langsung tak cuba untuk mengerti sedangkan lama sudah kauberjanji memilih diam di tanah suci. Mengapakah  masih  kaunyalaka...