Translate

Sunday, December 11, 2011

Sajak- Neon dan Kafein (Majalah Tunas Cipta, November 2011)


NEON DAN KAFEIN

Dalam kepekatan malam
yang  dicairkan sinaran neon
Walaupun raut wajah dibebati keletihan
Ibu ayah masih bisa menjamu senyuman
masih mengharapkankan  rezeki
dan melayani kesabaran
pelanggan yang ada kalanya  singgah
menyuguhi mata dan membelek berkali-kali
mematuhi kehendak hati
berpergian.
Sebentar tadi
anak itu menekuni buku diselangi sengguk
dicairkan kantuk berbantukan secawan kafein
tiada mahunya mimpi indah sebelum ibu ayah
mahu meringankan pengorbanan
dengan segulung cerah ijazah.

Semsas, Kuantan
27 Mac 2011

Kisah Hadapan Mobil

muka surat lima belas:

Kiri kanan penuh air. Ada rumah sudah dinaiki tengkujuh. Ini waktunya.

Saturday, November 5, 2011

Kisah Hadapan MObil

muka surat empat belas:

Banyak kenderaan. Ke pusat beli-belah di saa-saat akhir. Balik ke kampung. Ya, esok Aidiladha. Ada yang berada dengan rakan-rakan. Ada yang sendirian. Salam Aidiladha. Maaf zahir batin.

KIsah Hadapan Mobil

muka surat tiga belas:

Malam. Hujan Mencurah. Kucing itu basah. Kucing itu telah mati. Mungkinkah seseorang sedang menunggu kepulangannya?

Tuesday, November 1, 2011

Kisah Hadapan MObil

muka surat dua belas:

Allah Maha Besar. Salah satu kesukaan koi sewaktu memandu ialah memandang awan. Pernah sekali bentuknya seorang anak kecil di atas unta yang sedang duduk. Suatu ketika, hampir maghrib, isteri koi menunjuk ke langit yang hampir merah, kebesaran Allah. Tulisan berbentuk Allah. Kami menikmati saat-saat itu tanpa sebarang rakaman gambar.

Kisah Hadapan Mobil

muka surat sebelas:

Topi keledar memang sepatutnya dipakai ketika menunggang motosikal. Namun, pagi-pagi lagi koi sudah dikejutkan dengan bunyi bingit motosikal yang memintas dari sebelah kiri. Memang dia  mementingkan keselamatan kerana bertopi keledar tetapi ia meniarap di atas motosikal. Sebelum sampai ke selekoh, dia kembali ke posisi asal seorang penunggang yang berhemah. Alhamdulillah.

Saturday, October 29, 2011

Kisah Hadapan Mobil

muka surat sepuluh:

Hijau. Sudah tentu anda boleh teruskan perjalanan. Bagi pejalan kaki? Berhenti. Dua orang anak gadis tergesa-gesa melintas walaupun lampu isyarat sudah berwarna hijau memandangkan sebahagian kenderaan yang berderetan masih belum bergerak. Sebelum sampai ke seberang, mereka dilanggar oleh sebuah kenderaan yang mahu membelok ke simpang kiri kerana tidak perasan akan mereka yang muncul secara tiba-tiba. Aku hanya mampu bersimpati.

Kisah Hadapan Mobil

muka surat sembilan:

Banyak yang berlaku. Satu pagi, daun-daun berterbangan keluar dari sebuah lori. Aku teringat tempoh hari. Aku harap bukan tilam yang keluar dari lori tersebut Seorang penunggang motor menanggung akibat kerana tilam yang melayang keluar dari sebuah kenderaan, sudah tentunya lori.


Tuesday, October 4, 2011

Kisah Hadapan Mobil

muka surat lapan:


Dia bayar dahulu. Saya bayar kemudian.
Mobil saya di hadapan. Motosikalnya di belakang.
Setelah saya sampai, dia sudah memenuhkan tangkinya.
Datang pekerja stesen. Katanya kepada dia, sepatutnya saya dahulu.
Dia pun berlalu.
Kata pekerja stesen, sepatutnya saya dahulu.
Dia meminta pekerja di kaunter menekan jumlah yang saya minta sekali lagi.
Ya, pemahaman kita tak selalunya sama.
Yang awal tak semestinya cepat.
Yang lewat tak semestinya lambat.
Sebab tu selalu muncul salah faham.
Yang pasti, bayar dahulu, baru boleh isi minyak.
Kenapa tak isi dahulu baru bayar?

Tuesday, September 20, 2011

KIsahHadapanMobil

Jalanrayasemakinbaik.Semakinelok.Semakincantik.Sepatutnyapemanduansemakintertib.
Semakinbertimbangrasa.Semakinberhemah.Mindakelaspertamaseiringdenganinfrastruktur
kelaspertama.Mengingatkandirisendiridanjugainsanlain.
Maaf.Inibukansebahagiancarapenulisan.'Spacebar'yangbermasalah.
Apa-apapunbacalah.

20september2011
sampaikanwalausepatah...

Monday, September 19, 2011

Kisah Hadapan Mobil

muka surat enam:

Hujan. Dia sudah datang. Selalunya mendiami paya-paya di kiri dan kanan jalan. Paya semakin hari semakin hilang di telan pembangunan (ditebus guna/dikambus), namun perlu diingat:

a) Ke manakah air mahu pergi jika semuanya dibangunkan? Sudah tentu kita tidak mahu
memilih sahabat alam kita, iaitu 'banjir'.
b)Sistem perparitan yang berkesan diperlukan untuk menakung bagi menggantikan paya-paya yang bakal meninggalkan nama.

Diharapkan hal ini diberikan perhatian yang serius oleh semua pihak yang berkenaan.

19September2011
kulihathijau...

Wednesday, September 14, 2011

KIsah Hadapan Mobil

muka surat lima:
Subhanallah. Maha Suci Allah. Sudah lama tak kutemu pelangi petang nan indah. Hanya lagunya sahaja yang selalu kudengar. Sebaik sahaja membelok ke selekoh menghala Tanjung Lumpur, kaumuncul di hadapan. Tersenyum.
Masa kecil, siapa-siapa tunjuk jari telunjuk ke arah sang pelangi, maka kedengaran suara-suara yang mengatakan jari telunjuknya bakal kudung. Kepercayaan siapa? Entahlah. Yang pasti, sang pelangi kan tetap indah dan dipuja.
15092011

Monday, September 12, 2011

Kisah Hadapan MObil

muka surat empat:

Sudah lama tidak menulis. Dalam minggu lepas, sewaktu mahu pulang, seorang 'mamat' berkereta dengan selamba melepaskan secebis plastik ke luar kereta melalui cermin tingkap. Terbanglah sampah dibawa angin.

Marilah sama-sama merealisasikan Kuantan Zon Sifar Sampah (ZSS).

Sunday, July 3, 2011

Tunas Cipta Jun 2011

Petikan Ulasan Sajak (m/s: 4 & 5)
oleh: A. HALIM ALI

Unsur Dedikasi Dan Perihalan dalam Sajak

... Sajak dedikasi boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dedikasi yang khas dan dedikasi umum. Dalam sajak dedikasi yang khas, penyajak menyebutkan nama tokoh atau watak itu. Sajak ini bernilai peribadi dan hanya mewakili pandangan peribadi penyajak semata-mata, contohnya Nabi Muhammad SAW, Sultan Mizan, Tun Mahathir. Sajak yang dedikasi umum pula tidak menyebut nama tokoh atau watak tertentu secara khusus, sebaliknya penyajak menampilkan ganti nama yang lazimnya diketahui umum perwatakan tokoh atau watak yang disebutkan, seperti guru, ibu, kekasih, pejuang kemerdekaan dan lain-lain. Sajak dedikasi lazimnya dicerna dengan unsur alusi sebagai teras gaya bahasanya. Gaya persajakan lebih kepada pemerihalan, penceritaan, pemujaan dan personal.

Kebanyakan sajak dalam Tunas Cipta keluaran Mei juga menampakkan perkara yang sama, terutamanya dalam sajak "Terima Kasih Cikgu" karya Zahani Che Ismail, "Sasterawan" karya Aidil Khalid, "Kisah Si Pengayuh Beca" oleh Aina Nabila Ahmad, "Nota dari Desa Buat Pemimpin" karya N. Faizal Ghazali, "Bahasa Kota" karya Tai Mun Kit, "Derhaka Kata" karya Nadiah Majeed, "Kembara Musafir" karya Siti Nur Fa'izul Ba'edah Mat Razi dan sajak "Sepatu Debu" karya Khairul Hakimi Mansor.

... Gaya memerihalkan perjalanan hidup manusia sebagaimana yang dilakukan oleh penyajak Aina Nabila dalam sajak "Kisah Si Pengayuh Beca" juga digunakan oleh Khairul Hakimi Mansor yang memerihalkan perjalanan hidup seorang tua dalam sajak "Sepatu Debu". Penyajak tidak menyebutkan nama orang tua secara khusus, namun nukilan sajaknya mencerminkan warna hati penyajak yang prihatin dan khusus ditujukan kepada seoarang orang tua. Kata-kata penyajak pada rangkap terakhir adalah petunjuk sajak berbentuk dedikasi. Perhatikan;

Biarpun langkahmu disakiti
semalu dan batu-batu
syukur
kaumasih punyai
sepasang kaki suci
kerana sepatu
bisa berganti.

(b.7-13)

Tuesday, May 31, 2011

Tunas Cipta Mei 2011

Sepatu Debu

Di perkarangan surau
seorang tua
bersepatu debu
berpayungkan kesabaran
senyuman berputik
pabila hati kecil memujuk.

Biarpun langkahmu disakiti
semalu dan batu-batu
syukur
kaumasih punyai
sepasang kaki suci
kerana sepatu
bisa berganti.

Sg. Soi, Kuantan
14012011

Thursday, March 17, 2011

Saturday, January 8, 2011

Ulasan sajak (Tunas Cipta, Disember 2010)

Sajak Bukan Karya Wewenang (m/s: 4), oleh A. Halim Ali

... Ulasan ini bermula dengan sajak "Lelaki Kota Tua" karya Khairul Hakimi Mansor.Penyajak tidak memberikan fokus utama kepada kepada idea utama yang patut disampaikan. Tanpa fokus ini, sajak kelihatan hanyalah sebuah catatan tentang seorang tua di sebuah kota. Sajak ini ini tidak dapat menolak tanggapan bahawa di kota lain, lelaki tua tidak seburuk ini nasibnya. Sajak ini mampu mengangkat persoalan kemiskinan masyarakat di kota atau nasib setinggan di tengah bandar raya. Dari segi pemilihan diksi menampakkan kesedaran penyajak tentang kedaifan dan nasib malang lelaki tua itu. Contohnya penyajak menggunakan diksi lelaki tua, miskin, kelelahan, kesengsaraan dan menadah rezeki dari satu sudut sesuai dengan tema kemanusiaan. Walau bagaimanapun aspek kemanusiaan itu kabur dengan perihalan nasib orang tua yang mengisi keseluruhan isi sajak.

Saat Hati Sedang Memandu

Mentari menyala di pucuk kayu di bawah awan putih biru kelabu ingin kutangkap saat indah saat hati sedang memandu kuabaikan kalbu merayu...