Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Hijau Rumput

kulihat hijau rumput
dalam air paras buku lali
masih mampu kumenyusun langkah
masih mampu kumengharung
dugaan yang sedikit
dengan limpahan dari-Nya.

05112009
airdarilangit...

BEZA CARA (Berita Harian, 25 Oktober 2009)

Bertemu anak gadis bandar palma
Berbeza caranya.

Bicaranya:
hidupnya membosankan
bagi insan lain
berkawan dengan buku pelajaran
bertemankan novel Inggeris
bersahabatkan gelombang suara

Tiada dibena
laman sosial
walau gadis seusia
ghairah mengumpul
koleksi rakan-rakan tulen
mahupun tiruan

Tiada dihirau
laman blog
Biarpun
seorang nenek di Sepanyol
Penulis blog tertua
rancak menganyam
mengkuang pengalaman
menjadi tikar ceritera
Baru meninggalkan alam dunia.


18Oktober2009
Taman Sepakat

Malam Dinanti

siang bergerak ke malam
ialah kegembiraan
malam bergerak ke siang
ialah kesedihan
hari ini
sembilan sembilan sembilan
singgah dan berlalu
Lailatul Qadar
dicari dan dinanti.

19ramadan1430H
090909